Google agak aktif dalam hadir dengan doodle bertemakan khas, dan menyambut sesuatu perayaan bersama-sama pengguna. Tidak ketinggalan adalah untuk hari kebangsaan atau hari Merdeka 2020, Google kini hadir dengan sebuah doodle yang mengetengahkan orang utan.

Orang utan mendiami hutan di Sabah dan Sarawak, serta Google turut berkongsi trivia khas mengatakan orang utan gemar akan buah durian. Orang utan juga berkongsi hampir 97% gen dengan homo sapiens, sekaligus diperkatakan sebagai saudara terdekat manusia.
Ini bukan kali pertama Google pernah hadir dengan doodle khas, malah pernah mempersembahkan beberapa doodle menarik sebelum ini. Bagi anda sendiri, doodle manakah yang paling anda gemari sehingga kini dari Google untuk menyambut hari Merdeka?
