Samsung Galaxy M51 Kini Rasmi Dengan Bateri 7000mAh

Samsung Galaxy M51 Kini Rasmi Dengan Bateri 7000mAh

Diterbitkan pada Ogos 31, 2020 oleh .

Samsung kini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy M51. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, bateri besar, dan hanya diumumkan untuk pasaran Jerman sahaja buat masa ini.

Samsung Galaxy M51 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, dilengkapi cip lapan teras, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Menjadi fokus utama pada perant ini adalah sokongan baterinya. Ia menyertakan bateri berkapasiti 7000mAh dengan sokongan pengecasan 25W.

Melengkapkan ia adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di Jerman sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia.



TIPS & ULASAN