Cari @ Amanz

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang popular dan digunakan ramai diseluruh dunia. Terbaru, dalam usaha memberikan pengguna pengalaman berrkaitan Netflix sebelum melanggannya, pihak Netflix hadir dengan sebuah halaman khusus, dinamakan “Watch Free”.

Melalui halaman ini, pengguna boleh menonton beberapa rancangan dan filem secara percuma tanpa memerlukan sebarang langganan.

Anda hanya perlu layari laman Netflix Watch Free, dan boleh menonton rancangan terbitan mereka seperti Stranger Things, ataupun filem seperti Bird Box.

Pengguna tidak perlu mendaftar sebarang akaun, dan boleh tontonnya terus dengan mudah. Untuk siri rancangan, hanya episod pertama sahaja ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd