Qualcomm hari ini memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 732G. Cip ini merupakan penambahbaikkan kepada Snapdragon 730G sebelum ini, dan hadir dengan kelajuan mencapai 2.3Ghz.

Cip dengan teknologi 8nm ini menggunakan konfigurasi CPU 2+6. Dua teras utama Kryo 470 Gold yang berasaskan Cortex A76 adalah pada kelajuan 2.3GHz manakala enam lagi teras Kryo 470 Silver yang berasaskan Cortex A55 pula adalah pada kelajuan 1.8GHz. Cip GPU Adreno 618 yang digunakan pula menawarkan peningkatan pemprosesan grafik sehingga 15% berbanding yang digunakan pada Snapdragon 730G sebelum ini.
Dengan penggunaan nama “G”, ia juga turut menyertakan sokongan Qualcomm Snapdragon Elite Gaming untuk pengalaman permainan permua lebih baik.
Qualcomm turut mengatakan cip pemprosesan ini akan digunakan pada sebuah telefon Poco baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.