Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 732G, dan ketika pengumumannya, Qualcomm mengatakan Poco akan menjadi jenama pertama menggunakan cip berkenaan.
Kini, selari dengannya, pihak Poco mengesahkan Poco X3 bakal dilancarkan pada minggu hadapan, 7 September 2020.
Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dijangka hadir dengan skrin 120Hz, selain turut menggunakan sensor 64-megapixel untuk rakaman gambar.
Telefon pintar ini juga dijangka menyertakan sokongan NFC bersama dengannya.
Poco turut dijangka memposisikan peranti ini sebagai pesaing untuk OnePlus Nord yang telah dipasarkan baru-baru ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 7 September ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar ini.