Facebook Mungkin Menghalang Paparan Berita Di Australia Sekiranya Perundangan Baru Dilaksanakan

Facebook Mungkin Menghalang Paparan Berita Di Australia Sekiranya Perundangan Baru Dilaksanakan

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Facebook hari ini mengumumkan yang mana mereka mungkin menghalang paparan berita pada platform mereka – di Facebook dan Instagram, di Australia, sekiranya undang-undang baru di Australia dilaksanakan.

Perundangan baru yang masih pada peringkat draft itu memerlukan platform sosial seperti Facebook untuk membayar penerbit kandungan.

Bercakap mengenainya, Facebook mengatakan kerajaan Australia gagal memahami dinamik internet, dimana perundangan baru akan membawa kepada lebih kerosakkan daripada apa yang dirancang. Facebook juga mengatakan kerajaan Australia gagal memahami hubungan antara media sosial dan juga media berita.

Buat masa ini, perundangan baru ini masih pada peringkat draft di Australia, dan Facebook hanya akan mengambil langkah menghalang perkongsian berita antarabangsa dan tempatan di Australia sekiranya ia diluluskan untuk menjadi perundangan



Paling Popular