Carian
Lenovo Smart Clock Essential Diumumkan Dengan Sokongan Google Assistant
September 1, 2020 Effi Saharudin

Lenovo mengumumkan model Lenovo Smart Clock Essential yang merupakan model kemas kini untuk Lenovo Smart Clock yang dilancarkan tahun lalu. Kali ini jam meja pintar ini akhirnya menyokong kawalan suara Google Asssitant.

Lenovo Smart Clock Essential

Dari segi rekaan tidak perubahan pada rekaan dilakukan. Ia masih dilengkapi sebuah skrin 4″ LED hitam putih yang boleh memaparkan waktu serta tubuh yang diperbuat daripada fabrik serta pembesar suara terbina untuk memainkan muzik seperti sebuah speaker pintar. Menjadi jam meja pintar ini ialah pemproses Amlogic A113X, memori sebesar 4GB RAM dan storan 412MB eMMC.

Pengguna boleh memberikan arahan suara untuk memberitahu waktu, menetapkan pengguna dan paling penting sekali untuk mengawal kesemua peranti berhubung di rumah.

Masih terdapat butang fizikal untuk melaras audio serta mematikan mikrofon sekiranya anda tidak mahu dipantau sepanjang masa. Sebuah port USB-A turut disertakan bagi membolehkannya menjadi hub pengecasan peranti pada waktu malam. Lenovo Smart Clock Essential dijual pada harga €59.99 (~RM298) bermula bulan ini

Komen