Lenovo Tab P11 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 730G

Lenovo Tab P11 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 730G

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Lenovo kini dilihat memperluaskan lagi penawaran siri tablet mereka dengan memperkenalkan Lenovo Tab P11 Pro dan Lenovo Tab M10 HD Gen 2 yang didatangkan dengan inovasi terkini. Kedua-dua tablet ini merupakan pelengkap untuk barisan peranti pintar terkini keluaran lenovo.

Lenovo Tab P11 Pro hadir dengan skrin bersaiz 11.5-inci OLED yang mempunyai resolusi 2K (2560 x 1600). Paparan ini juga dilengkapi dengan sokongan tambahan untuk HDR10 dan teknologi Dolby Vision khusus untuk pengguna profesional. Ia turut menggunakan cip Snapdragon 730G dengan paduan memori sehingga 6GB RAM dan ruang storan dalaman 128GB. Melengkapinya juga, bateri berkapasiti 8,600mAh, kamera utama 13-Megapixel + 5-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel + ToF.

Spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari pada paparan dan empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Dalam pada itu, tablet ini turut dilengkapi aksesori menarik seperti papan kekunci yang lengkap bersama tongkat di bahagian belakang dan sebuah pad sesentuh. Selain, turut menyokong tablet ini adalah sebuah stylus.

Seterusnya, Lenovo Tab M10 HD Gen 2. Tablet ini didatangkan dengan sokongan mod khusus, Google Kids Space yang dilengkapi antaramuka mesra kanak-kanak untuk Android. Ia juga dilengkapi sejumlah aplikasi, buku dan video yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Tablet ini membawakan paparan bersaiz 10-inci IPS LCD dengan resolusi 1280 × 800.

Ia menggunakan cip MediaTek Helio P22T dengan gabungan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad microSD. Melengkapinya juga adalah bateri 5,000mAh, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan sistem operasi berasaskan Android 10. Spesifikasi lain termasuklah dua mikrofon dan dua pembesar suara dengan talaan Dolby Atmos.

Untuk penawaran harga, Lenovo Tab P11 Pro dijual pada harga bermula €699 (~RM3,475). Manakala, Lenovo Tab M10 HD Gen 2 pula ditawarkan pada harga bermula €159 (~RM790).



Paling Popular