Cari @ Amanz

POCO merupakan satu jenama baru dalam arena telefon pintar yang telah menarik perhatian ramai golongan pengguna. Jenama POCO terkenal dengan penawaran telefon pintar dengan spesifikasi yang menarik bersama tawaran harga yang mampu milik. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan POCO X3 NFC dimana ia merupakan sebuah telefon pintar daripada kelas pertengahan yang memfokuskan kepada prestasi permainan permua.

Dari segi spesifikasinya, telefon pintar ini dilengkapi dengan janaan cip Snapdragon 732G yang merupakan cip yang terbarudilancarkan oleh pihak Qualcomm. Cip ini membawakan spesifikasi yang hampir sama seperti Snapdragon 730G, namun ia telah ditambah baik kepada penggunaan Qualcomm Kryo 470 CPU dan penawaran grafik 15% lebih baik dengan bantuan Qualcomm Adreno 618 GPU bersama Vulkan 1.1 Graphics Driver. 

Telefon pintar ini juga boleh dikatakan agak laju dengan janaan cip pemprosesan ini kerana ia membantu untuk mendapatkan prestasi penggunaan yang baik. Hasil janaan cip pemprosesan ini yang dibantu dengan Kryo 470 CPU akan dapat meningkatkan kelajuannya sehingga 2.3GHz. Selain itu, janaan cip pemprosesan ini juga didatangkan dengan subsistem Qualcomm FastConnect 6200 yang mana ia bagus untuk menyambungkan peranti dengan sambungan Wi-Fi 6.

Oleh itu, ia sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan, kerana prestasi penggunaan dan sambungan kepada internet yang laju. Selain spesifikasinya, rekaannya juga sedikit sebanyak memainkan peranan untuk meningkatkan lagi prestasi permainan. Skrin yang ditawarkan adalah seluas 6.67 inci FHD+ DotDisplay dengan paparan 120Hz dimana ia membolehkan anda untuk mendapatkan kelancaran paparan skrin yang lebih lancar sekaligus dapat memberikan kepuasan kepada pengalaman tontonan, tatalan dan permainan anda. 

Prestasi permainan seseorang akan terjejas sekiranya telefon pintar anda tidak menawarkan sistem audio yang baik. Oleh itu, POCO melihat ini sebagai fungsi yang perlu ditambah baik kepada setiap telefon pintar dan menawarkan sistem pembesar suara dwi stereo bersama bicu audio 3.5mm. Malah, anda juga tidak perlu risau untuk bermain permua dalam tempoh masa yang lama kerana telefon pintar ini menyertakan kapasiti bateri sebesar 5160mAh bersama pengecasan pantas 33W. Menurut POCO, dengan pengecasan ini, ia mampu untuk membuat pengecasan penuh dalam masa 65minit. Anda juga diberi pilihan untuk menjimatkan penggunaan bateri melalui fungsi DynamicSwitch. Melalui fungsi ini, anda boleh mengubah jenis paparan, samaada 50Hz, 60Hz, 90Hz atau juga 120Hz. Kini, anda tidak lagi perlu risau tentang ketahanan baterinya apabila bermain permua dengan tempoh masa yang lama.

POCO X3 NFC ini juga turut menawarkan sokongan kamera yang baik setanding dengan kelas dan harga yang dipasarkan. Ia menyertakan sokongan kuad-kamera AI dengan gabungan sensor kamera utama 64MP, 12MP untuk kamera sudut ultra lebar, 2MP lensa makro, dan 2MP untuk sensor kedalaman. Sekiranya anda merakam gambar pemandangan langit menggunakan telefon pintar ini, anda juga boleh mengubah warna langit mengikut kehendak anda melalui fungsi AI Skyscaping 3.0. Bukan itu sahaja, POCO X3 NFC ini juga menyokong untuk merakamkan video beresolusi 4K dengan lebih lancar dan hasilnya juga mengagumkan untuk sebuah kamera peranti daripada kelas pertengahan. 

Oleh itu, sekiranya anda seorang yang gemar bermain permua, dan sedang mencari sebuah telefon pintar dengan spesifikasi permua yang mampu milik, POCO X3 NFC ini adalah antara pilihan yang patut anda pertimbangkan untuk dibeli. Di Malaysia, ia dipasarkan pada harga bermula RM899 hingga RM1099 bergantung kepada pilihan memori dan storan dengan dua pilihan warna, iaitu Shadow Grey dan juga Cobalt Blue. Namun, bagi anda yang membuat pembelian terawal, anda berpeluang untuk mendapatkan POCO X3 NFC pada harga yang lebih murah. Ini sekaligus menjadikan telefon pintar ini lebih berbaloi untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang memfokuskan kepada permua dan skrin 120Hz. Jadi sekiranya berminat, anda boleh dapatkannya melalui kedai atas talian Xiaomi di Shopee atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia. 

Penafian: Advertorial daripada POCO Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd