Cari @ Amanz

Diantara acara yang ditunggu-tunggu oleh para peminat dan pembina PC ialah pengumuman NVIDIA mengenai siri kad grafik Ampere, ataupun NVIDIA GeForce RTX 3000 yang akan tiba tidak lama lagi.

Salah satu daripada syarikat pembangun kad grafik OEM, Gainward telah meniriskan spesifikasi penuh untuk dua kad grafik terbaru NVIDIA, termasuklah NVIDIA GeForce RTX 3090 dan juga NVIDIA GeForce RTX 3080.

Gainward dilihat akan menjual sekurang-kurangnya empat kad grafik apabila siri kad grafik ini dilancarkan kelak, termasuklah Gainward RTX 3090 Phoenix GS, Gainward RTX 3090 Phoenix, Gainward RTX 3080 Phoenix GS dan Gainward RTX 3080 Phoenix.

Spesifikasi yang diperlihatkan oleh kesemua kad grafik ini termasuklah:

Model3080 Phoenix3080 Phoenix GS3090 Phoenix3090 Phoenix GS
Teras CUDA4352 teras4352 teras5248 teras5248 teras
Boost Clock1710 MHz1740 MHz1695 MHz1725 MHz
Memori10 GB GDDR6X10 GB GDDR6X24 GB GDDR6X24 GB GDDR6X
Memori Antaramuka320 Bit320 Bit384 Bit384 Bit
Kelajuan Memori9500Mhz (19Gbps)9500Mhz (19Gbps)9750Mhz (19.5Gbps)9750Mhz (19.5Gbps)
Kadar Penghantaran Data760 GB/s760 GB/s936 GB/s936 GB/s

Boleh dilihat disini bahawa dengan siri kad grafik Ampere, NVIDIA GeForce RTX 3080 akan menggunakan 10GB memori GDDR6X, manakala NVIDIA GeForce RTX 3090 akan menggunakan sebanyak 24GB memori yang sama, dengan kadar penghantaran data sepantas 760GB/s dan 936GB/s menggunakan antaramuka PCIe 4.0.

Kedua-dua kad grafik ini nampaknya akan memfokuskan kepada kemampuan gaming 4K keatas dengan tetapan kualiti dan kadar segar semula tinggi untuk kelas bangsawan.

Buat masa ini, spesifikasi dalaman untuk siri-siri kad grafik lain seperti NVIDIA GeForce RTX 3070 dan sebagainya masih belum diketahui lagi. Mungkin ia akan diperlihatkan tidak lama lagi apabila acara NVIDIA GeForce berlangsung tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd