Pada waktu artikel ini ditulis jumlah peranti Android dengan sokongan 5G sudah mencapai jumlah puluhan model. Tetapi Apple akan hanya mula menawarkan peranti dengan 5G tahun ini dengan pengenalan akan dilakukan pada Oktober depan. Walaupun lewat memasuki pasaran Bloomberg melaporkan Apple menyasarkan jualan peranti 5G yang tinggi.
Apple dilaporkan menetapkan sasaran menghasilkan 75 juta peranti 5G kepada pembekal mereka. Ini adalah angka yang dapat dicapai dengan pengenalan empat model iPhone pelbagai saiz tahun ini walaupun dunia masih dilanda masalah Covid yang menyebabkan pengeluaran terjejas dan permintaan berkurangan kerana faktor ekonomi.
Selain iPhone, iPad Pro dan iPad baharu dengan saiz bezel yang lebih kecil dan Apple Watch dengan sokongan 5G juga dipercayai akan dilancarkan tahun ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin menikmati rangkaian selular terpantas pada waktu ini.