ByteDance Dilaporkan Telah Memilih Pembeli TikTok – Pengumuman Rasmi Tidak Lama Lagi

ByteDance Dilaporkan Telah Memilih Pembeli TikTok – Pengumuman Rasmi Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Seperti yang sedia maklum, ByteDance, syarikat teknologi dari China perlu menjual pegangan mereka terhadap TikTok kepada syarikat dari Amerika Syarikat menjelang 15 September kelak untuk memastikan bahawa TikTok tidak diharamkan di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, hanya tiga syarikat yang menunjukkan kesungguhan untuk membeli TikTok. Ini termasuklah gabungan Microsoft dan Walmart, dan juga syarikat perkhidmatan teknologi dan pangkalan data Oracle.

ByteDance dikatakan telah memasuki perjanjian untuk menjual pegangan pada TikTok Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand untuk sebanyak $20 ke $30 bilion.

ByteDance dilaporkan akan membuat pengumuman mengenai penjualan ini tidak lama lagi, dan pengambil-alihan ini tidak ditentang oleh kerajaan Amerika Syarikat, ByteDance mungkin akan menerima halangan daripada kerajaan China yang dikatakan kini telah meletakkan beberapa undang-undang baru dalam mengekang eksport teknologi negara itu ke luar negara.

Siapakah gerangan “pembeli misteri” ini? Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada ByteDance.



TIPS & ULASAN