Twitter Memudahkan Lagi Proses Melihat Ciapan Semula Dengan Komen

Twitter Memudahkan Lagi Proses Melihat Ciapan Semula Dengan Komen

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Beberapa bulan yang lalu Twitter mengemaskini paparan ciapan semula dengan komen pada platform mereka. Terdapat tab khas yang mengasingkan komen pada ciapan dan ciapan semula (retweet) dengan komen dari pengguna lain. Hari ini sekali antaramuka dikemaskini dan ia adalah jauh lebih mudah digunakan.

Jumlah ciapan semula, ciapan semula dengan komen dan Like akan dipaparkan di bawah setiap ciapan. Untuk melihat ciapan semula dengan komen, tekan sahaja nombor di bawah ciapan asal. Ciri ini diaktifkan kepada kesemua pengguna hari ini pada aplikasi Android, iOS dan juga Web.



Paling Popular