OnePlus 8T Mungkin Hadir Dengan Skrin Rata, Kamera 64MP Dan Rakaman Video 8K

OnePlus 8T Mungkin Hadir Dengan Skrin Rata, Kamera 64MP Dan Rakaman Video 8K

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Seperti biasa, selepas peranti OnePlus yang baru dilancarkan – selepas lima bulan atau enam bukan akan ada versi baru dengan nama “T”. Untuk tahun ini OnePlus mungkin akan hadir dengan OnePlus 8T, cuma tidak pasti akan ada 8T sahaja atau turut akan ada 8T Pro. Black Shark mengambil langkah selamat dengan Black Shark 3S, tetapi tiada versi Pro – OnePlus pula sudah ada tiga peranti sekarang.

Terkini, terdapat informasi baru mengenai OnePlus 8T. Ia diperoleh oleh ahli XDA melalui kod pembangunan Oxygen OS 11 Beta 4. Dalam kod ini ia ada imej peranti yang diberi nama OnePlus 8T. Ia dilihat mirip dengan OnePlus 8, tetapi menmpunyai skrin yang rata dan bukannya melengkung. Tidak pasti sama ada ini adalah rekaan akhir atau tidak, kerana OnePlus Nord ada dwi-lubang pada skrin – tetapi OnePlus 8T sebuah peranti mercu satu lensa sahaja untuk kamera swafoto?

Bukan itu sahaja, Oxygen OS 11 ini turut mencadangkan yang peranti OnePlus akan datang akan menggunakan lensa 64MP yang mana lensa ini sudah banyak digunakan kepada banyak peranti lain. Peranti yang dikatakan OnePlus 8T ini turut mungkin akan menyokong rakaman video 8K – yang mana sejak Snapdragon 855/855+/865 pada OnePlus 7 sehingga OnePlus 8 Pro sudah pun menyokongnya tetapi tidak disertakan oleh OnePlus.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai peranti ini.



TIPS & ULASAN