Pengguna Kini Boleh Menggunakan Suara Batman Atau The Riddler Pada Aplikasi Waze

Pengguna Kini Boleh Menggunakan Suara Batman Atau The Riddler Pada Aplikasi Waze

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Waze sering muncul dengan pilihan suara untuk kawalam navigasi yang menarik. Mulai hari ini, pengguna Waze boleh memilih sama ada mahu menggunakan suara Batman atau The Riddler sebagai suara navigasi terbaharu mereka untuk masa terhad. Ia merupakan kerjasama di antara Waze dan DC Comics bersempena meraikan Hari Batman yang bakal tiba tidak lama lagi.

Suara untuk watak Batman pada aplikasi ini disuarakan oleh pelakon suara untuk siri animasi Batman iaitu Kevin Conroy. Manakala, Riddler pula disuarakan oleh Wally Wingert yang mana kedua-duanya bakal memberi pengalaman luar biasa – terutamanya bagi peminat komik atau filem adiwira DC.

Selain daripada mengubah suara, Waze turut menawarkan kebolehan untuk pengguna mengubah ikon kereta dalam aplikasi dengan pilihan versi Batmobile dan Racer Riddler. Kawalan ini tersedia sehingga 31 Oktober kelak dan sokongan perubahan suara ini tersedia di seluruh negara dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol serta Portugis.



TIPS & ULASAN