Cari @ Amanz

GoPro adalah antara kamera aksi yang popular. Ini kerana kemampuan penstabilan video yang hebat, kualiti ultra sudut lebar yang memuaskan serta harga jualan yang boleh diterima – kerana ia disertakan sekali dengan pelbagai aksesori. Tahun lepas, GoPro Hero8 telah dilancarkan yang memperlihatkan sokongan aksesori modular seakan menggunakan kamera profesional. Terkini, imej pengolokan GoPro Hero9 pula telah tertiris.

Tidak banyak informasi yang diterima. sumber dari WinFuture ini hanya memperlihatkan rekaan sahaja. GoPro Hero9 dilihat mungkin akan hadir dengan skrin hadapan berwarna. Bukan itu sahaja, cagak di bawahnya dilihat turut menggunakan rekaan baharu. Ada kemungkinan aksesori lama tidak boleh digunakan lagi – tetapi masih tidak pasti bagaimana rekaan baharu di bawah ini akan berfungsi.

Seterusnya, GoPro Hero9 ini dikhabarkan akan menyokong rakamn video sehingga 5K. Bagi yang tidak tahu, ini bukan kali pertama GoPro hadir dengan produk yang ada skrin berwarna di bahagian hadapan. Sebelum ini ia sudah digunakan pada GoPro Hero Max. Tetapi jika benar ciri ini akan hadir ke GoPro Hero9 ia akan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding Max.

Kebiasaannya, bulan September atau Oktober. Kita akan ketahui butiran lanjut kelak. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd