Carian
Dongel Android TV “Sabrina” Mungkin Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM200-RM250
September 1, 2020 Fahim Zahar

Buat pertama kalinya Google akan hadir dengan produk Android TV tersendiri, iaitu Sabrina (kod nama). Ia adalah sejenis dongel yang turut mempunyai Chromecast terbina dan akan mempunyai alat kawalan jauh disertakan sekali. Sabrina ini mungkin akan menjadi peranti Android TV pertama yang menjalankan Android TV berasaskan Android 10.

Buat masa ini Sabrina masih lagi belum dijual. Tetapi ada kemungkinan besar yang Sabrina akan terus dijual di laman web rasmi Google Store dan tiada acara pelancaran seperti Pixel 4a. Beberapa penjual di Amerika Syarikat telah menyenaraikan harga jualan Sabrina adalah sekitar $49.99 sehingga $59.99, iaitu dalam lingkungan RM207-RM249.

Ini adalah satu harga yang murah dan akan bersaing dengan jenama seperti TiVo Stream 4K, Amazon Fire TV atau juga Xiaomi Mi TV Stick. Buat masa ini ia dilihat hanya akan dijual di negara yang ada Google Store rasmi sahaja. Di Malaysia, kali terakhir produk Google dijual adalah melalui Lazada iaitu Chromecast generasi pertama. Dengan pasaran peranti Android TV yang sedang bersaing pesat, mana tahu Google turut akan membawa masuk ke pasaran yang lebih luas. Sama-sama kita nantikan.

Komen