Sennheiser CX 400BT Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM999

Sennheiser CX 400BT Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Sep 2, 2020 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai fon telinga TWS premium keluaran Sennheiser, iaitu Sennheiser Momentum 2 yang berharga RM1499.

Sennheiser bakal memasukkan sebuah lagi fon telinga TWS yang lebih murah berbanding dengan Momentum 2 tersebut, yang dinamakan Sennheiser CX 400BT.

Rekaan fon kepala ini hampir serupa dengan Momentum 2, tetapi dengan bentuk yang sedikit lebih kecil. Walaupun begitu, CX 400BT menggunakan driver 7mm yang sama seperti Momentum 2, malah hadir dengan pelbagai ciri yang sama.

Di bahagian sisi fon telinga ini terdapat panel sesentuh yang dapat diubahsuai penggunaannya melalui aplikasi Sennheiser Sound Control. Dalam pada itu, ia mempunyai jangka hayat bateri selama 7 jam dengan satu pengecasan penuh, dan 20 jam apabila dipadankan dengan kotak penyimpanan dan pengecasannya.

Selain daripada rekaan, satu ciri besar yang tidak hadir pada fon telinga CX 400BT ini ialah ciri pembatalan hingar aktif.

Sennheiser CX 400BT ini akan tiba di pasaran tempatan pada 15 September kelak dan akan dijual pada harga RM999.



TIPS & ULASAN