Dua lagi peranti dilancarkan oleh Realme di bawah siri X7. Walaupun berkongsi nama, kedua-dua Realme X7 5G dan X7 Pro 5G adalah dua peranti yang mempunyai beberapa perbezaan yang cukup ketara.
Kita mulakan dahulu dengan Realme X7 5G yang dilengkapi skrin 6.4″ AMOLED FHD+ 60Hz tetapan kadar sentuhan 180Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 800U, memori sebesar 8GB LPDDR4x RAM dan storan sebesar 128GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.
Kamera utama menggunakan sensor 64 megapixel f/1.8 sudut lebar, 8 megapixel f/2.25 ultra sudut lebar, 2 megapixel f/2.4 potret dan 2 megapixel f/2.4 makro. Kamera hadapan pula sebesar 32 megapixel f/2.45 yang terletak di dalam lubang kamera. Sokongan rakaman video hanya sehingga 1080P sahaja
Realme X7 Pro pula dilengkapi skrin 6.55″ SAMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1000+, memori sebesar 8GB LPDDR4x RAM dan storan sebesar 256GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W menerusi port USB-C.
Kamera utama menggunakan sensor 64 megapixel f/1.8 sudut lebar, 8 megapixel f/2.25 ultra sudut lebar, 2 megapixel f/2.4 potret dan 2 megapixel f/2.4 makro. Kamera hadapan pula sebesar 32 megapixel f/2.45 yang terletak di dalam lubang kamera. Sokongan rakaman video hanya sehingga 1080P sahaja.
Kedua-dua peranti tidak dilengkapi bicu audio tetapi masih mempunyai sepasang pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Sistem operasi Android 10 digunakan dengan pelancar realme UI.
Di China harga jualan Realme X7 5G adalah bermula dari RMB 1799 (~RM1092) manakala Realme X7 Pro 5G pula bermula dari RMB 2199 (~RM1336).