CEO OnePlus Kini Turut Terlibat Dengan Perancangan Produk Oppo Dan Realme

CEO OnePlus Kini Turut Terlibat Dengan Perancangan Produk Oppo Dan Realme

Diterbitkan pada Sep 1, 2020 oleh .

Pete Lau merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi peminat OnePlus. Beliau adalah CEO untuk syarikat berkenaan, dan kini turut mengambil sebuah jawatan baru pada ibu syarikat Oppo, iaitu OPlus.

Melalui jawatan baru, beliau akan menjadi Senior Vice-President untuk OPlus, sekaligus turut bertanggungjawab dalam perancangan produk untuk syarikat berkenaan.

Untuk makluman, OPlus adalah pemegang majoriti disebalik syarikat Oppo, OnePlus, dan juga Realme.

Ia diperkatakan, dengan tugas terbaru ini, Pete Lau bertanggungjawab untuk menghasilkan sinergi antara Oppo, OnePlus dan Realme.

Seperti ramai sedia maklum, jenama OnePlus sedia mempunyai penerimaan tinggi pada peringkat global, dan ramai yang mendapatkan peranti berspesifikasi tinggi OnePlus. Sementara Realme pula ditujukan kepada peranti berspesifikasi asas dan pertengahan, dan Oppo pula merangkumi semua kelas peranti.

Dengan pengalaman Pete Lau dalam memasarkan jenama OnePlus pada peringkat global, dan pengetahuan dalam pembangunan produk serta ekosistem, mungkin beliau akan dapat menghasilkan sinergi antara semua jenama dibawah OPlus ini.


Sama-sama kita nantikan perkembangan positif lanjut daripada peralihan jawatan ini. Pete Lau akan turut meneruskan jawatan sebagai CEO OnePlus seperti biasa.



TIPS & ULASAN