Sewaktu acara pengumuman NVIDIA mengenai siri kad grafik Ampere terbaru mereka, Jensen Huang, CEO NVIDIA turut mengumumkan bahawa paparan yang akan dibina khusus untuk tujuan e-sukan akan diperkenalkan oleh beberapa jenama paparan gaming terkemuka tidak lama lagi.
Beberapa butiran diperlihatkan mengenai paparan-paparan e-sukan ini seperti penggunaan panel IPS, sokongan G-SYNC dan kadar segar semula 360Hz dimana ia bukanlah sesuatu yang baru.
Apa yang menarik mengenai paparan-paparan ini ialah pengenalan ciri NVIDIA Reflex Latency Analyzer yang dikatakan mampu melihat masa pendam pelbagai aspek, termasuklah dari segi grafik, rangkaian, input tetikus dan papan kekunci dan sebagainya.
NVIDIA turut mengesahkan bahawa paparan e-sukan ini sudahpun dipersetujui pembinaannya oleh nama-nama terkenal didalam industri seperti Acer, ASUS, Alienware dan juga MSI.