Pakistan Mengharamkan Aplikasi Temujanji Seperti Tinder Kerana Kandungan Tidak Bermoral

Pakistan Mengharamkan Aplikasi Temujanji Seperti Tinder Kerana Kandungan Tidak Bermoral

Diterbitkan pada Sep 2, 2020 oleh .

Cara generasi semasa mencari jodoh amat berbeza dengan generasi terdahulu. Jika dahulu surat fizikal dihantar untuk berkenalan, proses mengenal hadi budi lebih mudah sekarang kerana wujudnya pelbagai aplikasi temu janji seperti Facebook Dating dan Tinder.

Di Pakistan aplikasi Tinder, Grindr, Tagged, Skout dan SayHi telahpun diharamkan oleh pihak kerajaan kerana didakwa mempunyai kandungan yang tidak bermoral. Sebelum pengharaman diumumkan, Lembaga Telekomunikasi Pakistan telah menghantar notis kepada kelima-lima pembangun aplikasi untuk melakukan perubahan pada kandungan. Elemen mencari jodoh dan penstriman video diminta supaya dibuang kerana menyebarkan kandungan tidak bermoral.

Selepas notis tidak dibalas, kelima-lima aplikasi kini telahpun dihalang. Pakistan ialah negara konservatif yang menapis kandungan atas talian yang boleh ditonton.

Sebelum ini mereka pernah menghalang Bigo Live dari beroperasi atas sebab yang sama. YouTube pula telah diarahkan untuk membuang kandungan tidak bermoral, lucah dan penuh kebencian dari diakses di Pakistan minggu lalu.



TIPS & ULASAN