Carian
Poco M2 Akan Dilancarkan Pada 8 September Ini
September 2, 2020 Amy Maizuraa

Nampaknya, kita akan menyaksikan bukan satu tetapi dua buah peranti terbaru daripada Poco yang akan dilancarkan pada bulan ini. Selepas mengesahkan bahawa Poco X3 bakal tiba pada 7 September kelak. Kali ini, Poco berkongsi pula satu lagi kejutan dengan mengesahkan bahawa Poco M2 turut akan dilancarkan pada minggu hadapan iaitu 8 September 2020.

Perkara ini telah dikongsi oleh pihak Poco India menerusi hantaran di laman Twitter milik mereka, sebentar tadi. Tapi sayangnya, hantaran tersebut tidak pula mendedahkan sebarang spesifikasi yang bakal dibawakan oleh peranti ini.

Namun begitu, desas-desus mengatakan peranti ini dipercayai hadir dengan rekaan takuk kecil pada paparan hadapan bersama sokongan bateri yang besar. Terdapat juga spekulasi yang menjangkakan peranti ini berkemungkinan besar adalah siri Redmi 9 yang dijenamakan semula. Benar atau tidak, segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Komen