Samsung hari ini telah memperkenalkan sebuah aksesori yanng dinantikan ramai, iaitu Samsung Wireless Charger Trio. Dari penggunaan nama sendiri, ia memperlihatkan akan berupaya mengecas sehingga tiga peranti secara nirwayar pada sesuatu masa serentak.
Buat masa ini, Samsung tidak berkongsi berkenaan apakah kelajuan pengecasan yang ditawarkan oleh Samsung Wireless Charger Trio ini.
Sebelum ini, Apple pernah cuba hadir dengan penawaran sama, dinamakan AirPower, tetapi membatalkan perancangan berkenaan disebabkan kesukaran teknikal.
Dengan gaya hidup masa kini yang membuatkan ramai memiliki lebih dari satu peranti pintar, semestinya pengecas ini akan membantu mempercepatkan proses pengecasan. Namun, semestinya kelajuan pengecasan dan harga jualannya juga akan memainkan peranan penting dalam penjualannya kelak.