Pembangun permainan popular Pokemon Go kini telah mengumumkan mereka akan menammatkan sokongan untuk sejumlah peranti pada bulan Oktober 2020 ini.
Menurut pembangunnya, Pokemon Go akan berhenti menyokong Android 5, iOS 10, iOS 11, iPhone 5s dan juga iPhone 6.
Pengguna yang menggunakan peranti-peranti berkaitan tidak lagi akan dapat memainkan Pokemon Go selepas kemaskini baru yang dijangka diperkenalkan pada pertengahan Oktober kelak.
Pengguna mungkin boleh terus memasang dan menjalankan Pokemon Go pada peranti berkaitan, tetapi pembangunnya sendiri tidak akan menawarkan sebarang sokongan, termasuk sekiranya pengguna mengalami masalah teknikal.