ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ROG Keris Wireless

ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ROG Keris Wireless

Diterbitkan pada Sep 2, 2020 oleh .

ASUS ialah sebuah jenama gaming yang cukup terkenal untuk komponen, komputer dan aksesori gaming yang merangkumi pelbagai barang, termasuklah tetikus, papan kekunci dan fon kepala gaming.

Terkini, ASUS memperkenalkan sebuah tetikus gaming baru yang dinamakan ASUS ROG Gaming Keris Wireless. Tetikus gaming ini hadir dengan rekaan yang kecil, dan hanya seberat 79 gram.

Tetikus ROG Keris ini dilengkapi dengan sensor 16,000dpi dan hadir dengan ciri nirwayar dimana pengguna boleh menyambungkan tetikus ini ke komputer menggunakan sambungan WiFi ataupun Bluetooth LE.

Selain daripada rekaan yang kecil, tetikus ini juga mempunyai rekaan sarang lebah di bahagian rangka dalaman yang membuatkannya ringan tanpa perlu risau mengenai rekaan lubang yang menjengkelkan. Butang di bahagian tepi tetikus ROG Keris ini juga boleh ditukar ke butang dengan warna yang lain jika diingini.

ASUS mengatakan bahawa tetikus ini mempunyai jangka-hayat bateri selama 78 jam dengan satu pengecasan penuh, ataupun 56 jam jika sistem pencahayaan RGB dipasangkan.

Buat masa ini, ASUS masih belum mengesahkan bilakah mereka akan mula menjual tetikus ASUS ROG Keris ini, mahupun tanda harganya.



TIPS & ULASAN