Siri Redmi Note 9 adalah antara peranti Redmi yang popular. Walaupun dijana dengan cip MediaTek, peminat Xiaomi ada sahaja yang membelinya kerana telah sedar yang MediaTek sekarang bukannya MediaTek yang dulu. Peranti Redmi Note yang seterusnya adalah Redmi Note 10, walaupun Redmi Note 9 masih baru lagi dilancarkan – nampaknya Redmi Note 10 mungkin akan hadir ke pasaran lebih pantas dari yang disangkakan.

Terkini, telah tertiris yang Redmi Note 10 akan dijana dengan cip pemproses MediaTek baharu iaitu Dimensity 820. Cip ini adalah cip dengan sokongan 5G, yang mana cip yang sama dijana pada peranti Redmi 10X 5G dan Redmi 10X Pro 5G. Peranti ini mempunyai nombor model M2007J22C dan dikhabarkan akan menggunakan memori 8GB RAM. Masih awal lagi untuk ketahui semua informasi mengenai peranti ini, apa-apa pun sama-sama kita nantikan informasi lanjut.