Cari @ Amanz

Jam tangan pintar Wear OS yang paling popular setakat ini adalah di bawah jenama Fossil dan juga Mobvoi. Dua syarikat ini kerap berlumba-lumba dalam menghasilkan jam tangan pintar Wear OS terbaik. Mobvoi terkenal dengan penawaran harga menarik dan padat dengan ciri dan fungsi menarik. Tetapi terkini, Mobvoi dilihat telah mendahului pasaran jam tangan pintar Wear OS – kerana mereka adalah yang pertama hadir dengan jam tangan pintar yang dijana cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon Wear 4100.

Mobvoi baru-baru ini telah menyenaraikan TicWatch Pro 3 di Amazon UK. Secara keseluruhan ia dilihat masih menggunakan rekaan yang sama dengan TicWatch Pro lama tetapi dengan dimensi 45.1 x 45.1 x 12.6 mm. Ia dijana dengan cip baru, Snapdragon Wear 4100. Buat masa ini, itu sahaja butiran yang ada. Tidak pasti sama ada Mobvoi tidak sengaja menyenaraikan produk ini atau sengaja ingin mengacah begitu sahaja.

Snapdragon Wear 4100 menjanjikan 25% ketahanan bateri yang lebih baik, memori LPDDR3 RAM, 85% peningkatan prestasi, 2.5% GPU lebih hebat, menyokong kamera 16MP dan juga rangkaian 4G kuasa rendah. Harga jualan TicWatch Pro 3 ini dilihat akan dijual pada £399.99 (tetapi sudah dipadam), iaitu sekitar RM2211.76. Ia hanya akan dijual dan mungkin terus dilancarkan secara rasmi pada 30 November 2020, sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd