Samsung Galaxy M51 merupakan telefon pintar terbaru dari Samsung yang hadir dengan bateri bersaiz besar – mencapai 7000mAh. Ia hanya diumumkan untuk pasaran Jerman buat masa ini, dan kini ia turut dilihat bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.
Melalui semakan kasar, Galaxy M51 dengan angka model (SM-M515F) telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia.

Samsung Galaxy M51 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, dilengkapi cip lapan teras, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan empat kamera belakang 64-megapixel, dan kamera swafoto 32-megapixel.
Samsung memfokuskan penawaran bateri 7000mAh pada telefon pintar ini, dan menyokong pengecasan 25W.
Buat masa ini, tarikh pelancaran tempatan masih belum diketahui. Memandangkan ia telah memasuki Sirim, maka kita mungkin melihatnya dalam masa sebulan dua dipasaran tempatan.
