Oppo F17 Pro Dan F17 Dilancarkan – Cip Helio P95 Dan Kuad Kamera Utama

Oppo F17 Pro Dan F17 Dilancarkan – Cip Helio P95 Dan Kuad Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Dua peranti di bawah siri F dilancarkan di India semalam. Oppo F17 dan F17 Pro memeriahkan lagi pasaran peranti kelas pertengahan yang dilengkapi sistem kuad kamera di bahagian belakang dan dwi-kamera pada bahagian hadapan.

Oppo F17 Pro dilengkapi skrin 6.43″ SAMOLED, dijana cip MediaTek Helio P95, memori sebesar 8GB LPDDR4X RAM, storan sebesar 128GN UFS 2.1 dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Kamera utama menggunakan sensor 48MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar dan dua 2MP untuk pengesanan kedalaman. Kamera swafoto pula menggunakan sensor 16+2 MP dengan sensor pengesanan kedalaman. Terdapat pengimbas cap jari terbina bawah skrin, kawalan Air Gesture nirsentuh, bicu audio 3.5mm dan menggunakan pelancar ColorOS 7.2 berasaskan Android 10

Oppo F17 pula dilengkapi skrin 6.43″ SAMOLED, dijana cip Snapragon 662, bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0. kamera utama 16+8+2+2 MP dan kamera hadapan 16-MP. Pada waktu ini spesifikasi F17 masih lagi belum diumumkan sepenuhnya.

Oppo F17 Pro ditawarkan di India pada harga ₹ 23,000 (~RM 1297) dalam warna biru, putih dan hitam. Harga jualan Oppo F17 pula masih belum diumumkan.



Paling Popular