Intel Memperkenalkan Logo Baru Yang Lebih Minimalis

Intel Memperkenalkan Logo Baru Yang Lebih Minimalis

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Serentak dengan pelancaran cip pemproses generasi ke-11 Tiger lake, Intel hari ini turut memperlihatkan rekaan terkini logo mereka. Rekaan yang berasaskan teks sepenuhnya ini mengekalkan warna korporat biru Intel tanpa sebarang elemen grafik tambahan.

Sungguhpun begitu Intel mengesahkan penggunaan warna lain boleh digunakan untuk penjenamaan produk yang lain. Lagu tema dengan lima nota lagu juga akan dikekalkan tetapi akan diberikan nafas baru pada penghujung tahun ini.

Ini adalah logo ketiga yang digunakan oleh Intel sejak syarikat diasaskan pada tahun 1968 oleh Gorden E Moore dan Robert Noyce. Pada asalnya syarikat diasaskan sebagai N M Electronics sempena nama pengasas sebelum diubah sebulan selepas itu kepada Intel yang merupakan gabungan Integrated Electronics.



TIPS & ULASAN