40 Startup Terpilih Sertai GAP 2020, Program Berlangsung Secara Maya

40 Startup Terpilih Sertai GAP 2020, Program Berlangsung Secara Maya

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) secara rasminya telah melancarkan program Global Accelerator Programme (GAP) untuk kumpulan ke-empat (Cohort 4), hari ini. Program ini diadakan bertujuan membantu meningkatkan kebolehupayaan para syarikat startup daripada pelbagai jenis perniagaan untuk terus releven dan kekal berdaya saing.

Difahamkan, program tahun ini juga berfokuskan kepada 3 penambahbaikan. Pertama, inisiatif baru program yang melibatkan kerjasama dengan sejumlah rakan kongsi pelaburan baharu. Kedua, program tahun ini juga akan menampilkan kaedah bimbingan baharu yang berfokus untuk membantu pengasas syarikat startup meningkatkan pelaburan, dana dan strategi perniagaan. Akhir sekali, GAP 2020 juga akan terus membantu graduan mengembangkan perniagaan selepas tamat sesi program.

Difahamkan juga, program tahun ini sedikit berlainan dengan sebelum ini, di mana akan diadakan secara maya (all-virtual programme) dalam usaha mengekang penularan pendemik Covid – 19. Daripada keseluruhan jumlah permohonan yang diterima, sebanyak 40 syarikat startup daripada 7 buah negara berbeza telah terpilih. Antara negara terlibat termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, India, Myanmar dan Sri Lanka.

Kesemua para syarikat startup terpilih akan menjalani latihan program selama 3 bulan. Sepanjang program ini berlangsung, mereka akan mempelajari pelbagai perkara berkaitan perniagaan dan berkongsi idea baru dalam membentuk kerjasama yang baik antara satu sama lain. Kesemua para syarikat startup ini akan mempersembahkan produk akhir mereka untuk mendapatkan pelabur pada Disember ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi) MOSTI, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, selain Dr Yeong Che Fai iaitu pengasas DF Automation yang turut sama memeriahkan majlis berkenaan.



TIPS & ULASAN