Carian
Samsung Galaxy Tab A7 Turut Dilancarkan – Tablet Skrin TFT Dengan Cip Snapdragon 662
September 3, 2020 Fahim Zahar

Samsung Galaxy Tab A adalah siri tablet Samsung yang mampu milik. Spesifikasinya seringkali adalah dalam kategori kelas pertengahan dan harga jualan juga sentiasa murah jika dibandingkan dengan Galaxy Tab S. Terkini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Tab A7 (2020).

Tablet ini hadir dengan skrin 10.4-inci TFT dengan resolusi 2000 x 1200. Samsung menggunakan rekana bezel yang sekata, yang mana memberikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 80%. Terdapat kamera 8MP di belakang dan kamera 5MP di hadapan. Bateri yang disertakan adalah 7040mAh, menyertakan port USB-C, serta masih mengekalkan port bicu audio 3.5mm.

Tablet ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 662, dan dipadakan dengan memori 3GB RAM serta storan dalaman 32/64 GB. Jika storan ini kecil, ia masih boleh dikembangkan melalui kad microSD. Sistem pembesar suara pula dioptimasikanoleh Dolby dengan menyediakan empat pembesar suara untuk pengalaman audio hebat.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengumumkan sebarang harga atau butiran lain. Tidak pasti juga sama ada ia akan dipasarkan di Malaysia ataupun tidak.

Komen