Cari @ Amanz

Bermula dengan plastik kemudian ke polikarbonat sebelum kini menggunakan kaca, panel belakang ialah antara komponen terbesar pada sesebuah peranti. Terdapat pelbagai trend warna pula seperti metalik, pusam dan warna cerun. Trend peranti pada masa hadapan pula mungkin adalah tubuh peranti yang boleh diubah warnanya oleh pengguna.

Akaun @UniverseIce telah memuat naik video pendek yang menunjukkan sebuah peranti yang mempunyai panel belakang yang berubah warna dari biru ke perak. Menurut beliau, peranti protataip ini sedang dibangunkan oleh sebuah pengeluar yang tidak didedahkan identitinya. Kelajuan warna berubah boleh dikawal sendiri oleh pengguna dan hanya menyokong perubahan kepada dua warna sahaja pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd