Cari @ Amanz

Kerajaan negeri Kedah kini berhasrat untuk menyenaraikan perkhidmatan internet sebagai utiliti ketiga – selain dari air dan elektrik. Dengan langkah ini, ia akan memerlukan pemaju hartanah dan pembangunan kawasan baharu memastikan kawasan berkenaan diliputi sokongan internet sebelum ia dijual atau dihuni.

Pada hari ini, menjadi kebiasaan kawasan perumahan baru mengambil masa lama untuk menerima sokongan internet daripada penyedia. Dengan langkah penyenaraiannya sebagai sebuah utiliti, ia dijangka akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat cadangan awal, dan masih tertakluk kepada perbincangan lanjut sebelum dilaksanakan dan disenaraikan sebagai utiliti ketiga di negeri berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd