Carian
Otegaroom Ialah Pejabat Mini Untuk Privasi Ketika Bekerja Dari Rumah
September 3, 2020 Effi Saharudin

Masih terdapat ramai yang masih bekerja dari rumah sebagai langkah mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19. Sungguhpun ia kini sepatutnya menjadi norma baharu, bekerja dari rumah masih lagi mencabar kerana tiadanya privasi, gangguan audio dan tiadanya ruang khas untuk bekerja. Di Jepun Otegaroom mula dijual sebagai ruang pejabat mini untuk bekerja dari rumah.

Ruang pejabat adalah sebesar 188 x 111 x 815 cm dan hadir dengan sebuah meja kecil serta sistem lampu LED. Terdapat juga lubang udara pada bahagian atas untuk pernafasan dan juga lubang untuk pendawaian elektrik. Otegaroom diperbuat daripada bahan kayu dan resin.

Menurut pembangun, bahan yang sama dapat menyerap bunyi yang boleh mengganggu perhatian ketika bekerja. Oleh sebab itu Otegaroom juga boleh digunakan sebagai bilik rakaman audio. Pejabat mini ini boleh dipesan di Jepun pada harga 180,000 Yen (RM 7024) sebuah dalam warna hitam dan putih.

Komen