Xiaomi mempunyai ekosistem mereka yang tersendiri, iaitu Mijia dan Mi Home. Di China produk peranti berhubung dan barangan elektrik pintar untuk rumah pintar boleh dikatakan serba lengkap. Xiaomi mempunyai banyak hab, pembesar suara pintar atau juga paparan pintar untuk mengawal rumah pintar ini.
Redmi, iaitu sub-jenama Xiaomi turut memasuki arena pasaran peranti berhubung dengan melancarkan Redmi XiaoAI Touchscreen Speaker 8 pada awal tahun. Kini Redmi ingin mengembangkan lagi barisan produk ini melalui Redmi XiaoAi Touchsceeen Speaker Pro. Ia hadir dengan skrin 8-inci, memori 2GB RAM, sokongan WiFi 2.4GHz + 5GHz, bateri 4700mAh dan dijual pada harga yang sangat mampu milik.
Tidak banyak paparan pintar dengan pembantu digital terbina mudah alih seperti Redmi ini. Kebiasaannya ia menggunakan kabel kuasa terus ke palam kuasa. Melalui paparan pintar Redmi ini, ia boleh memainkan video dari pelbagai platform penstriman video, mendengar muzik atau juga membuat kawalan peranti berhubung lain.
Harga jualan Redmi XiaoAI Touchscreen Speaker Pro adalah RMB499, iaitu sekitar RM303 sahaja.