Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee Tawar Hadiah Menarik Bernilai Hingga RM99,000

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee Tawar Hadiah Menarik Bernilai Hingga RM99,000

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Pesta beli-belah tahunan terbesar 9.9 Super Shopping Day Shopee kembali lagi. Kempen kali ini dilihat membawakan lebih tawaran hebat bersama potongan diskaun berlipat kali ganda yang meliputi pelbagai kategori serta jenama terkemuka. Kempen ini telah bermula sekarang dan berakhir pada 9 September ini.

Melalui kempen ini, Shopee menawarkan penghantaran percuma setiap hari dengan perbelanjaan minimum serendah RM9, baucar diskaun 50 peratus dan tawaran menarik RM9 setiap hari ketika jualan kilat. Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM99,000 termasuklah Samsung Galaxy Note20 dengan sertai permainan Shopee Farm pada aplikasi platform tersebut.

Dalam usaha untuk memudahkan orang ramai untuk mengenal pasti penjual tempatan, Shopee turut mencipta tag “Local Seller” yang tertera pada semua produk yang dijual oleh perniagaan tempatan yang layak mengambil bahagian dalam inisiatif Shop Malaysia Online Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Dalam pada itu, Shopee turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlepas peluang bersama-sama menyaksikan Shopee 9.9 Super Show yang bakal berlangsung pada 8 September bermula jam 9.00 malam di saluran Shopee Live, YouTube, Astro Prima dan Hello.

Shopee 9.9 Super Show bakal menampilkan persembahan sejumlah barisan selebriti terkemuka tanah air seperti Ernie Zakrie, Dato’ Aaron Aziz, Alif Satar dan ramai lagi. Di samping itu, orang ramai juga boleh sertai permainan yang diadakan bagi merebut peluang memenangi hadiah menarik.

Dalam perkembangan lain, Shopee turut berkongsi kejayaan langsung yang sedang diraih di mana para penjual dan peniaga tempatan di platform mereka mencatatkan jumlah jualan mencapai RM200 juta dalam bulan pertama untuk inisiatif Shop Malaysia Online PENJANA.

Mengulas lanjut mengenainya, Shopee memaklumkan bahawa baucar-baucar tersebut dinikmati oleh hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkan penjimatan dan pulangan tunai bagi peralatan rumah, produk kesihatan dan kecantikan, barangan runcit, automotif dan gajet.

Inisiatif Shop Malaysia Online PENJANA kini memasuki fasa terakhir dan Shopee akan terus meningkatkan usahanya dalam menggalakkan orang ramai untuk memainkan peranan dalam menyokong perniagaan tempatan. Ia termasuklah menawarkan lebih banyak penjimatan kepada pengguna.



TIPS & ULASAN