Carian
Honor Mengacah Sistem Penyejukan Komputer Riba Gaming Mereka – Honor Hunter
September 3, 2020 Fahim Zahar

Bulan lepas, Honor telah mengacah kehadiran komputer riba gaming mereka Honor Hunter. Ia dikatakan akan hadir dengan cip pemproses AMD dan itu sahaja informasi yang ada, selain memperlihatkan logo rasmi produk gaming mereka ini. Ini bukan kali pertama Honor hadir dengan komputer riba, kerana sebelum ini mereka hadir dengan model yang memfokuskan produktiviti sahaja.

Terkini, Hono telah mengacah mengenai sistem penyejukan Honor Hunter pula. Menurut Honor, walaupun telah bermain permainan video selama 1 jam 12 minit di dalam bilik dengan suhu 26 darjah – suhu komputer riba Hunter ini hanyalah 30.6 darjah. Walau bagaimanapun, suhu ini bukanlah pada keseluruhan komputer riba tetapi hanya di kawasan kekunci W A S D. Menurut Honor, ini adalah kawasan yang kerap memanas dalam komputer riba gaming.

Honor turut memperlihatkan rekaan komputer riba mereka ini. Ia mencadangkan yang ia akan menggunakan kerangka besi, kemasan berwarna biru, dan logo Hunter dengan LED.

Mengejutkan, turut ada laporan menyatakan yang Honor Hunter turut akan mempunyai variasi Intel Core i7 generasi kesepuluh. Papan kekunci yang digunakan pula adalah bersaiz penuh, dan kemampuan mengubahsuai pergerakan animasi lampu RGB.

Komen