Carian
Rangkaian Tembaga Akan Dinaiktarafkan Ke Gentian Optik Sepanjang 2021
September 3, 2020 Nazrin

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan bahawa pihak kerajaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia akan memulakan proses untuk menaiktarafkan rangkaian tembaga di seluruh negara kepada gentian optik yang akan dilengkapkan sepanjang tahun 2021.

Projek ini, yang dibentangkan oleh pihak Telekom Malaysia sudahpun berada dalam fasa implementasi, dimana 33,112 sambungan talian tetap internet jalur lebar sedang berada dalam fasa implementasi, dan dijangka akan siap menjelang penghujung tahun ini.

Beliau mengatakan lagi bahawa sepanjang tahun 2021, 337,360 pengguna internet yang masih lagi menggunakan perkhidmatan internet rangkaian tembaga akan boleh menaiktarafkan sambungan internet mereka ke pelan gentian optik apabila projek ini lengkap implimentasinya.

Komen