Black Shark 3S Akan Dijual Di Malaysia Pada 8 September – Harga Serendah RM3199

Black Shark 3S Akan Dijual Di Malaysia Pada 8 September – Harga Serendah RM3199

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Dua bulan lepas Black Shark telah melancarkan Black Shark 3S di pasaran China. Ia mempunyai perubahan yang minima jika dibandingkan dengan Black Shark 3 sebelum ini. Cip pemprosesan juga kekal sama, rekaan juga hampir serupa, cuma ia kini mempunyai skrin kadar segar semula 120Hz berbanding 90Hz sebelum ini.

Black Shark 3S akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 8 September ini dan bagi yang berminat boleh beli terus melalui Shopee rasmi mereka. Ia akan dijual pada harga RM3199 untuk model 12/128 GB dan RM3499 untuk 12/256 GB. Warna yang ditawarkan pula adalah Skyfall Black dan juga Crystal Blue. Bersempena dengan pelancaran ini Black Shark turut akan menjual aksesori gaming mereka, iaitu Black Shark Game Trigger pada harga RM89. Beberapa aksesori lain turut akan dijual pada tarikh yang sama.

Bagi 50 pembeli pertama, hadiah bernilai RM850 akan diberikan iaitu Black Shark Carry Case, Black Shark FunCooler, jaminan skrin retak 1 tahun, baucar Shopee RM100 dan barangan misteri Black Shark. Manakala 50 pembeli kedua pula akan menerima hadiah bernilai RM850 juga termasuk Black Shark Gamepad 2.0 Left + Gamepad 3.0 Holder, Black Shark FunCooler, aminan skrin retak 1 tahun, baucar Shopee RM100 dan barangan misteri Black Shark.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 6.67-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 12GB RAM, dan bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang gabungan 64W + 13MP + 5MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.



TIPS & ULASAN