Zhiyun adalah pesaing kepada DJI dalam penghasilan produk-produk gimbal. Jika DJI hadir dengan yang baru, Zhiyun pasti akan hadir dengan versi yang lebih kurang sama tetapi lebih murah. Berbeza pada kali ini, Zhiyun telah melancarkan produk yang berbeza dari DJI – ianya unik dan harga jualannya juga murah. Mereka telah melancarkan Zhiyun Smooth XS.

Zhuyun Smooth XS adalah sejenis gimbal semua dalam satu. Ini kerana, ia juga berfungsi sebagai monopod dan juga tripod dalam masa yang sama. Seperti kebanyakan produk mereka sebelum ini, ia juga boleh dilipat menjadi lebih kecil agar mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Berat produk ini juga adalah 246g dengan rod di tengah dibina dari bahan aluminium. Ia juga mempunyai butang bluetooth untuk memudahkan lagi kawalan.
Pengguna boleh menggunakan Smooth XS ini untuk mengawal zum, merakam video, mengawal mod gimbal dan turut mempunyai alat kawalan dan butang luncur. Kemudian, butang M juga disediakan untuk pelbagai kawalan rakaman video. Melalui aplikasi ZY Cami, pengguna boleh menggunakan kawalan gestur untuk memulakan rakaman, tanpa menetapkan masa.
Melalui kemampuam gimbal, ia membolehkan pengguna merakam video dengan stabil. Harga jualan adalah $74.99, iaitu sekitar RM311.