Cari @ Amanz

Ciri memajukan mesej telah menjadi salah satu sebab kenapa sesuatu berita palsu tersebar dengan pantas dikalangan orang ramai. Dalam usaha mengekangnya, pihak Facebook telah pun memperkenalkan sokongan melabelkan mesej yang dimajukan di WhatsApp, dan kini di Facebook Messenger sendiri, Facebook akan mengehadkan berapa kali anda boleh memajukan sesuatu mesej.

Menurut Facebook, pengguna boleh memajukan sesuatu mesej itu hanya kepada lima orang atau kumpulan sahaja.

Dengan langkah ini, ia akan mengekang penyebaran sesuatu info palsu, dan mengelak salah faham dikalangan pengguna apabila menerima mesej yang ditularkan.

Ciri ini diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd