Carian
Facebook Watch Kini Mempunyai Lebih 1.25 Bilion Penonton Sebulan
September 3, 2020 Aman

Facebook sedia memfokuskan kepada perkongsian video sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terbaru, Facebook mengumumkan yang mana Facebook Watch mempunyai lebih 1.25 bilion penonton setiap bulan.

Facebook Watch telah diperkenalkan pada 2018 yang lepas, dan menjadi destinasi untuk menonton pelbagai kandungan video yang dikongsikan pada laman sosial berkenaan.

Perkembangan Facebook sendiri melihat ramai yang menghasilkan kandungan untuk platform berkenaan, selain pada Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, ramai yang strim perbincangan dan sebagainya melalui platform Facebook.

Facebook juga baru-baru ini telah mengumumkan pelesenan muzik video untuk platform media sosial berkenaan.

Dengan perkongsian angka ini, mungkinkah kita akan lihat lebih ramai mula menerbit secara eksklusif di Facebook selepas ini?

Komen