Cari @ Amanz

E-ink adalah teknologi paparan yang memimik kertas, di mana ia tidak menggunakan backlight agar boleh menjimatkan penggunaan kuasa serta menyenangkan mata pengguna. Ia banyak digunakan pada tablet, jam tangan atau juga sebagai skrin kedua kepada sesetengah peranti.

Terkini, TCL turut menyertai arena skrin E-ink ini. Bagi yang tidak tahu, TCL memang ada kepakaran dalam menghasilkan paparan skrin seperti untuk televisyen mereka atau juga telefon pintar. Paparan E-ink TCL ini diberi nama sebagai NXTPAPER, ia masih lagi dalam proses pembangunan dan belum sedia dipasarkan.

Kebiasaannya, paparan e-ink adalah berwarna hitam putih – tetapi untuk NXTPAPER ia akan menggunakan paparan berwarna dengan resolusi FHD serta kadar segar semula yang cukup tinggi untuk kemampuan memainkan video. Di acara IFA TCL, mereka memperlihatkan prototaip tablet Android yang menggunakan skrin ini. Sama-sama kita nantikan produk akhir apa yang akan menggunakan panel ini, adakah akan ada produk pihak ketiga atau hanya TCL sendiri?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd