TCL MOVETIME Family Watch Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Orang Tua
TCL

TCL MOVETIME Family Watch Adalah Jam Tangan Pintar Untuk Orang Tua

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Menurut Pew Research, kebanyakan orang tua tinggal berseorangan kerana ingin hidup berdikari. Disebabkan itu, TCL telah hadir dengan jam tangan pintar khusus untuk golongan ini agar lebih mudah untuk berdikari serta berhubung dengan keluarga tersayang.

TCL MOVETIME Family Watch adalah jam tangan pintar tersebut. Ia adalah sepasang jam tangan pintar yang mampu membuat panggilan telefon, mengimbas nadi, serta mempunyai sensor terjatuh yang boleh terus membuat panggilan kecemasan kepada keluarga terdekat atau juga panggilan kecemasan 24 jam. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai peringatan untuk memakan ubat, agar memudahkan golongan yang kurang daya ingatan.

Seperti kebanyakan jam tangan pintar, MOVETIME Family Watch ini turut boleh memantau tidur dan menjejak pergerakan si pemakai. Jam ini menggunakan skrin AMOLED, antaramuka dengan ikon yang besar, serta perlindungan IP67. Seperti kebanyakan produk baharu TCL lain, ia turut akan dijual pada suku keempat tahun ini. Harga jualan pula adalah €229, iaitu sekitar RM1124.



TIPS & ULASAN