Wiko View5 Dan View5 Plus Dilancarkan – Sokong Bateri 5000mAh, Kuad Kamera Utama

Wiko View5 Dan View5 Plus Dilancarkan – Sokong Bateri 5000mAh, Kuad Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Wiko kini mengumumkan dua lagi telefon terbaru mereka menerusi pengenalan Wiko View5 Dan Wiko View5 Plus. Apa yang menjadi titik fokus utama pada kedua-dua peranti ini adalah kapasiti bateri besar 5,000mAh. Kedua-duanya juga hadir dengan spesifikasi yang hampir sama, tetapi terdapat perbezaan pada pemproses dan juga konfigurasi memori.

Kita mulakan dengan Wiko View5 Plus yang mana peranti hadir dengan skrin bersaiz 6.55-inci IPS LCD HD+ (720 x 1,600 piksel). Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P35 dengan gabungan memori 4GB RAM, ruang storan 128GB dan perisian berasaskan Android 10 terkini. Peranti ini juga hadir dengan rekaan paparan berlubang pada bahagian hadapan untuk peletakan kamera swafoto sebesar 8-Megapixel.

Empat kamera utama padanya dilengkapi konfigurasi 48-Megapixel + 8-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel. Seterusnya, peranti ini turut dilengkapi bateri 5,000mAh, pengimbas cap jari fizikal dan butang khusus untuk menyeru Google Assistant. Spesifikasi lain pula termasuklah sambungan LTE, port microUSB, bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 4.2.

Seterusnya adalah Wiko View5 pula. Skrinnya masih sama dengan versi plus di mana bersaiz bersaiz 6.55-inci IPS LCD HD+ (720 x 1,600 piksel) . Namun, cip pemproses dan ruang memori yang digunakan adalah berbeza iaitu MediaTek Helio A25 dengan gabungan memori 3GB RAM dan storan 64GB.

Kamera utama juga masih sama iaitu dengan konfigurasi 48-Megapixel + 8-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Terdapat juga bateri 5,000mAh padanya serta pengimbas cap jari fizikal dan butang khusus untuk menyeru Google Assistant. Sejumlah ciri lain termasuklah sambungan LTE, port microUSB, bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 4.2.

Untuk penawaran harga, Wiko View5 dijual pada harga sekitar €170 (~RM835). Manakala, Wiko View5 Plus pula ditawarkan pada tanda harga sekitar €200 (~RM982).



TIPS & ULASAN