Carian
Qualcomm Memperkenalkan Adaptive ANC Untuk Pembatalan Hingar Lebih Baik
September 4, 2020 Effi Saharudin

Pembatalan hingar aktif ialah ciri yang perlu wujud pada fon telinga dan kepala premium di pasaran. Tetapi kami menyedari kualiti pembatalan hingar yang digunakan adalah tidak konsisten dan bergantung pada pengeluar. Qualcom menyedari masalah ini kerana telinga manusia berbeza dan begitu juga cara fon telinga TWS digunakan. Semalam mereka mengumumkan Adaptive Active Noise Cancellation kepada umum.

Adaptive ANC akan mengubah tahap ANC sepanjang masa mengikut situasi. Menurut Qualcomm. Adaptive ANC membolehkan pembatalan hingar yang baik dinikmati pada fon kepala, fon telinga terbuka dan fon dalam telinga jenis nirwayar. Tiada lagi keperluan untuk mempunyai sistem fon kepala yang kedap dan sistem dalam telinga yang diperlukan waktu oleh sistem pembatalan hingar semasa.Pada waktu ini Adaptive ANC disokong pada cip Qualcomm QCC514x yang dikeluarkan oleh mereka.

Komen