Apple kini hadir dengan sebuah lagi iklan terbaru, menekankan kepada privasi dan sekuriti. Melalui iklan berkenaan, Apple memperlihatkan sejumlah situasi dimana pengguna berkongsi data peribadi, dan perbincangan mereka secara terbuka kepada orang awam.
Melaluinya, ia seperti lebih ditujukan kepada pengguna generasi kini yang secara tidak sengaja berkongsi pelbagai data peribadi kepada umum – dan salah satu sebabnya adalah kerana sekuriti pada peranti mereka.
Apple juga pada masa yang sama seumpama memperlihatkan yang mana sekuriti dan privasi pengguna mereka lebih terjamin berbanding pengguna peranti lain di pasaran.
Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan iklan terbaru ini? Adakah manusia pada masa kini terlebih berkongsi sesuatu perkara secara terbuka di media sosial?