MediaTek Memperkenalkan Cip T750 Untuk Penghala Yang Menyambung Ke Rangkaian 5G

MediaTek Memperkenalkan Cip T750 Untuk Penghala Yang Menyambung Ke Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

MediaTek, syarikat pembuat cip pemprosesan untuk peranti-peranti pintar baru sahaja mengumumkan ketibaan cip baru yang dibangunkan khusus untuk peranti-peranti penghala yang disambungkan ke rangkaian 5G.

Cip ini, yang dinamakan MediaTek T750 iaitu sebuah cip komunikasi 4 teras yang dibangunkan menggunakan proses binaan 7nm dan hadir dengan cip modem 5G terbina didalamnya yang menyokong sambungan 5G Sub-6 yang mempunyai kelajuan sekitar 100-400Mb/s.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, cip T750 ini dibangunkan untuk digunakan oleh peranti-peranti penghala 5G, lebih kurang sama seperti penghala-penghala yang digunakan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengubah rangkaian 4G mereka kepada format WiFi.

MediaTek mengatakan bahawa ia dijangka bahawa penggunaan rangkaian 5G akan mula meningkat dengan mendadak bermula tahun hadapan, dan dengan cip ini, lebih ramai lagi orang boleh memanfaatkan kelajuan rangkaian tersebut tanpa perlu membeli peranti yang menyokong rangkaian tersebut.

Cip MediaTek T750 ini juga sudahpun dikeluarkan untuk diuji oleh pembuat-pembuat peranti penghala.



TIPS & ULASAN